Pemuda UMNO Kuala Terengganu Menganjurkan Program HELP TUISYEN Di Sekolah

APA DIA HELP TUISYEN?

Program HELP Tuisyen melibatkan seramai 100 orang pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2015 ini bagi setiap kawasan Parlimen atau yang terpilih.

Mata pelajaran yang difokuskan dalam HELP Tuisyen adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah selaras keperluan wajib lulus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Seramai 100 orang pelajar SPM untuk setiap kawasan Parlimen terpilih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bakal menjadi Adik Angkat kepada Biro HELP dan PPUBKT.

HELP Tuisyen akan diadakan pada setiap minggu berpusat di sekolah terpilih untuk menjadi tuan rumah setiap kawasan Parlimen dengan menggunapakai tenaga pengajar terbaik yang dipilih oleh pihak Sekolah ataupun mengikut pandangan serta kesesuaian yang diberikan oleh pihak sekolah.

HELP Tuisyen juga meliputi program-program motivasi atau bengkel-bengkel teknik menjawab soalan kepada pelajar-pelajar terpilih tersebut menjelang SPM.

OBJEKTIF

Memperkasakan pendidikan pelajar yang kurang cemerlang bersesuaian dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu, TTB.

Meringankan beban keluarga yang mahukan pendidikan anak mereka sentiasa mendapat perhatian.
Mewujudkan hubungan baik antara kepimpinan masyarakat, pelajar, ibu bapa dan guru sebagai medan komunikasi yang baik.


Biro Pendidikan & Pengajian Tinggi Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu dengan usahasama Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda Umno Malaysia.


Alhamdulillah kelas pertama Tuisyen telah di mulakan jam 8.30 pagi tadi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara & Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Bariah.


Untuk Makluman Semua Manakala Perasmian Akan di lakukan pada Hari JUMAAT ,2 Julai 2015 9.00 PAGI Di SMK Padang Negara & SMK Tengku Bariah minggu hadapan oleh Dato'Haji Mohd Sabri Alwi II & Dato' DrNajmil Faiz Mohamed Aris

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top