Bakar Bendera: Tidak Ada Apa Salah Dengan Kenyataan Ku Nan

umno-roboh5xx_400_260
ADA pihak cukup tidak senang dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat insiden membakar bendera DAP oleh sekumpulan orang yang didakwa Pemuda UMNO di Pulau Pinang.
Entah apa motifnya kita pun tidak tahu, kerana dipandang dari sudut mana pun, itulah kenyataan paling munasabah dikeluarkan Ku Nan apabila diminta mengulas tentang insiden tersebut.  Tambahan pula, DAP telah membuat laporan polis lanjutan dari insiden berkenaan.
Jadi bahagian mana kenyataan Ku Nan itu salah?
Adakah kelompok yang tidak berpuas hati ini mahu Ku Nan mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan seperti itu?  Adalah tidak masuk akal sama sekali untuk Ku Nan membuat kenyataan menyokong perbuatan membakar bendera parti politik kerana ia mungkin bertentangan dengan undang-undang
Kalau pun Ku Nan nak menyokong tindakan seperti itu atas nama mempertahankan maruah parti akibat tindakan DAP meruntuhkan struktur logo UMNO di Pulau Pinang, ia tidaklah boleh dibuat secara terbuka kerana itu akan memberi implikasi yang buruk kepada reputasi beliau, UMNO dan kerajaan.
Apalah rupanya Menteri, merangkap Ahli Parlimen membuat kenyataan menyokong tindakan membakar bendera parti orang?  Ada siapa pernah fikir panjang sampai ke situ ke?
Lagipun, lupakah kita bahawa Ku Nan pun antara pemimpin UMNO yang terawal membuat ‘serangan balas’ ke atas tindakan DAP di Pulau Pinang tersebut dengan mengarahkan DBKL mewajibkan semua parti politik mempunyai permit untuk papan tanda yang dipasang di bangunan mereka.
Jadi yang nak marah sangat dengan beliau ni kenapa? Patutnya Ku Nan dijulang macam hero bukan dilempar dengan maki hamun macam orang tak puasa.

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top