Pemuda UMNO KUALA TERENGGANU Bantah KWSP - PERSARAAN 60 Tahun

Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Cadangan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar menyelaraskan umur pengeluaran wang simpanan dari usia 55 tahun ke 60 tahun tidak dipersetujui oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata cadangan yang dikemukakan oleh KWSP dianggap tidak munasabah dan amat tidak wajar.
“Alasan yang dilontarkan oleh KWSP bahawa hampir 70 peratus ahlinya menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun dianggap sebagai tidak logik memandangkan keadaan semasa dan saran hidup yang kian meningkat tahun demi tahun.
“Sepatutnya pihak KWSP perlu mendapatkan pandangan serta persetujuan bersama para pencarum dan pihak berkepentingan yang lain sebelum mencadangkan mengenai isu kenaikan had umur bagi pengeluaran wang simpanan tersebut,” katanya kepada Teganukita.
Tambahnya, keutamaan rakyat haruslah dititikberat kerana sebahagian besar dari mereka merupakan ahi KWSP.
“Sehingga kini jumlah ahli KWSP adalah seramai 14.192 juta ahli dengan 6.659 juta ahli aktif dan ianya dikatakan meningkat saban tahun.
“Ini sekali gus menyaksikan KWSP menerima caruman yang tinggi dengan mencecah RM4.76 bilion sebulan atau keseluruhan RM57.17 bilion pada tahun lalu,” katanya.
Najmil yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu memohon pihak KWSP menarik balik semula cadangan yang dikemukakan demi menjaga kepentingan rakyat

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top