Terengganu Terbaik : PRINSIP TTB Telah Diterjemahkan Melalui JHEAT Terengganu



Dibawah kempimpinan YAB Dato' Ahmad Razif Abd Rahman kini telah menampakkan hasilnya dengan ISLAM terus dijulang bagi menghidar perlakuan yang tidak baik dikalangan masyarakatnya hari ini.
Sekalung Tahniah kepada Kearajaan Negeri Terengganu yang telah menguatkuasakan Pakaian tidak senonoh dikalayak ramai denganmengambil tidakkan DENDA dan PENJARA kepada mereka-mereka yang berbuat demikian.
Tugas dan tanggungjawab itu telah dikuatkuasakan OLEH MAIDAM dan JHEAT bagi menjamin kelangsungan Bangsa yang mempunyai tomakdinah dan juga pemakaian UMMAT ISLAM Terengganu mengikut Ajaran ISLAM.
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada KERAJAAN TERENGGANU.
KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus di kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam, kata Ketua Penguatkuasaan Syariah, Mokhtar Salleh.
Katanya, antara tumpuan penguatkuasaan ialah ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram, wanita berpakaian mencolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.
Mokhtar berkata, ketika ini ia bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki yang tiada ikatan keluarga.
Katanya, MAIDAM akan bekerjasama dengan pihak penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan perbuatan seperti ini.
"Kita akan terus mencegah perbuatan berkenaan daripada terus berleluasa dari semasa ke semasa. Kita sebenarnya tiada kuasa untuk menahan mereka di jalan raya dan oleh sebab itu kita bekerjasama dengan agensi yang lain membanteras perbuatan tidak sopan ini.
"Jika kita kesan mereka tiada hubungan dan berkelakuan tidak senonoh, kita akan panggil untuk sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama," katanya kepada pemberita selepas Ops Penguatkuasaan Tahun Baharu Cina dengan kerjasama JPJ dan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melalui Ops Motosikal di Jalan Batu Buruk di sini malam tadi.
Dalam operasi yang bermula jam 9 hingga 12 malam itu, MAIDAM turut mengesan enam pasangan berkelakuan dan berpakaian kurang sopan serta seorang lelaki berpakaian wanita.
Beliau berkata, rata-rata mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 26 tahun yang menaiki motosikal dengan lelaki bukan mahram.
Mokhtar berkata, ini adalah penguatkuasaan kali pertama yang disertai pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain setelah menerima banyak aduan berhubung perkara ini yang dikhuatiri akan menjadi ikutan anak muda lain sekiranya tidak dicegah.
Beliau turut mengingatkan golongan wanita Islam di negeri ini agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu mencolok mata kerana perbuatan itu boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan.
- BERNAMA

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top