#PRK SUNGAI LIMAU : PENGUNDI CINA KENA BUKTIKAN PADA 4 NOVEMBER INI..

Jumlah pengundi di DUN Sungai Limau adalah 27,222 dengan pecahannya ialah 25,233 orang adalah pengundi Melayu, 1,842 adalah pengundi Cina, 15 orang pengundi India dan bakinya adalah lain-lain kaum.

Namun, walaupun jumlahnya hanya 1,842 orang, masyarakat Cina yang bertumpu di pekan Sungai Limau serta beberapa kelompok kecil rumah kedai di sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani, merupakan kelompok yang cukup berkuasa kerana mereka merupakan pemborong, peruncit dan pembekal kepada masyarakat Melayu yang merupakan golongan petani.

Dengan kata lain, walaupun kecil tetapi penguasaan ekonomi telah menyebabkan masyarakat Cina di Sungai Limau menjadi tempat pergantungan masyarakat Melayu di Sungai Limau. Dan biarpun terdapat banyak agensi kerajaan termasuklah MADA dan FAMA yang beroperasi di Sungai Limau, hakikatnya taukeh-taukeh besarnya adalah taukeh Cina di Sungai Limau.

Itu belum lagi diperkatakan tentang kilang-kilang beras di seluruh Sungai Limau dengan hampir kesemuanya dimiliki oleh taukeh Cina dan taukeh-taukeh inilah yang akan menentukan harga sebenar padi yang ditanam dengan penuh susah payah oleh masyarakat petani Sungai Limau.

Menyedari kuasa yang ada pada mereka, terutama sekali menerusi pembuktian pada PRU13 yang menyaksikan peralihan besar-besaran undi masyarakat Cina kepada DAP dan Pakatan Rakyat, helah yang digunakan sebelum ini, cuba pula digunakan dalam PRK DUN Sungai Limau.

Sudah ada tuntutan yang dibuat oleh masyarakat Cina di Sungai Limau kepada UMNO-BN. Antara tuntutan yang dibuat termasuklah PERUNTUKAN UNTUK TOKONG, KERETA BOMBA SUKARELA dan BANTUAN KEWANGAN UNTUK SEKOLAH CINA.

Kebiasaannya, tuntutan ini akan segera dimajukan kepada para pemimpin UMNO-BN dengan janji dan harapan diberikan kononnya masyarakat Cina akan mengundi UMNO-BN. Namun berdasarkan kepada peristiwa PRU13, apa yang dijanjikan dan dibayangkan, sebenarnya tidak menjadi kenyataan.

Baca Malaysia Chronicle SINI

Tunjukkan komitmen Cina dahulu. BN boleh tepai janji tapi Cina perlu tunjukkan berubah.

APa hal pun, harap pengundi CIna usah lupa bahawa calun BN pernah berjasa dan Insya Allah, dia orang baik yang mahu terus berkhidmat.

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top