PRK Sungai Limau : Calon BN ada Seorang Yang Warak

Alhamdulillah.. Selesai sudah proses pernamaan calon PRK Sungai Limau.

Barisan Nasional (BN) mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim,52, yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 November ini.

Sementara itu PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat,37, Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah.

Tiga ulama yang dimaksudkan ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq.


Ketika membuat pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mohd Azam, merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 Sept lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan Rabu ini manakala pengundian pada 4 November.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional.

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

Pemilihan Ahmad Sohaimi yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.

“Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, walaupun tidak mempunyai kelulusan agama namun perkara itu bukan kelemahan kepada calon BN berkenaan selagi beliau dapat memberi komitmen menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

“Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik,” katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas sejak 1995.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional.

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu. Dimana PRK Kuala Besut menjadi milik Barisan Nasional dan kerusi itu kekal kepada BN di Terengganu.

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top