PRK SUNGAI LIMAU : CALON BN MENDAPAT SOKONGAN 30000 ORANG PENYOKONG SETIA

YAN 23 Okt - Kehadiran ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) pusat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menunjukkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim merupakan calon tepat pada pertandingan kali ini.

Pusat pengumpulan jentera BN di Rumah Budi turut menerima undangan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sama-sama berarak ke Dewan Dato Madi bagi menyerahkan borang penamaan calon.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil antara pemimpin yang awal tiba sekitar jam 7.30 pagi diiringi jentera wanita UMNO.

Kira-kira 20 minit kemudian konvoi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Hamidi bersama calon PRK DUN Sungai Limau sendiri tiba di perkarangan Rumah Budi.

Menyusul selepas itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyusul selepas itu.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Mas Ermiyatie.

Perarakan ke Dewan Dato Madi bermula sekitar jam 8.50 pagi dengan semua pemimpin BN mengiringi Sohaimi diikuti ratusan jentera dibelakang kumpulan tersebut.


Penentang Sohaimi, Mohd Azam Abd Samat dari PAS juga ditemani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dengan kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali serta Ketua Angkatan Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top