ALLAH Menurunkan BALA Jika Hambanya MEMOHON?


Merujuk kepada artikel Punca Banjir Di Kelantan Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?http://goo.gl/eGBbjJ , ramai yang bertanya siapakah yang memulakan cerita palsu tersebut.

Memang saya tidak menyebut secara khusus sumber bermulanya cerita palsu itu dalam kiriman bertarikh 1 Jan 2015 tersebut. Namun, pada pagi tersebut, saya telah pun menerima beberapa kali mesej (telah dilampirkan pada artikel sebelum ini) yang menyalahkan projek pembinaan empangan Kenyir 2 sebagai punca "tsunami kecil" yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai. Sebab itulah saya telah menulis untuk menjawab tuduhan palsu yang langsung tidak masuk akal tersebut.

Saya telah memberi hujah (kerana sunnatullahnya) kenapa ianya MUSTAHIL untuk air takungan untuk projek empangan Kenyir 2 dari Sungai Tembat boleh mengalir untuk membanjiri Kelantan. (Bacalah bagi yang belum membaca: http://goo.gl/eGBbjJ – jangan memberi komen yang boleh menyerlahkan sikap diri kita tanpa membaca dan faham terlebih dahulu)

Bagi menjawab siapa yang sebenarnya memulakan cerita palsu yang tidak masuk akal itu mungkin boleh saya kongsikan di sini status yang dikemaskinikan oleh Husam Musa di Facebook beliauhttp://goo.gl/8qIKG7 . Kenyataan bertarikh 31 Dis 2014, "timestamped" pada 7:55 pagi, antara lain menyebut:
-----------------------------------
Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Kalau sebelum ini saya memanjangkan sebutan orang kampung mengenai empangan Jajar, ada pihak yg membetulkan.

Orang kampug mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dlm pembinaan.

Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.
-----------------------------------
Ayat terakhir di atas seolah telah mengSAHIHkan bahawa "limpahan dari situ menjadi punca" kepada banjir "TERPELIK" di Kelantan berpunca dari TNB kerana "Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua".

Jika 600 lebih orang sudah "like" dan dikongsikan seramai 100 orang lagi – maka tidak mustahillah cerita palsu sebegini mudah tersebar dengan meluas.

Yang menjadi berganda kepada masalah ini ialah bagi pengikut yang terlalu fanatik, mereka tidak mahu menerima jawapan yang akan menyangkal cerita palsu pemimpin mereka.

Anda bagaimana?

Oleh A. Karim Omar,
https://akarimomar.wordpress.com/2015/01/02/siapa-yang-mula-reka-cerita-projek-empangan-kenyir-2-sebagai-punca-banjir-di-kelantan/

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top