Banggol Donas Dalam Lipatan Sejarah - Jajaran Jalan

Pembinaan jalan empat lorong termasuk dua jambatan utama merentasi Sungai Nerus dan Sungai Terengganu sepanjang 6.5 kilometer dari Bukit Guntung, Tepuh ke Losong, Kuala Terengganu ‘terputus’ di Kampung Banggol Donas sepanjang 250 meter.

Ia berlarutan lebih 3 tahun!

Kos pembinaannya bukan sedikit, lebih RM225 juta. Bagi menjayakan projek itu, sebanyak 184 lot terlibat dengan proses pengambilan balik tanah mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu.

Daripada 184 lot, hanya satu lot iaitu Lot 4121 yang agak ‘rumit’ untuk diselesaikan. Lot itu dimiliki oleh Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman, isteri Salleh Embong.

Salleh Embong adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas yang ditubuhkan untuk menghalang pihak kerajaan mengambil lot berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut.

Kononnya untuk mendapatkan keadilan, Abdul Halim dan empat yang lain telah memfailkan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan mengambil balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu.

Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Walaupun dua kali kalah di mahkamah, kerajaan negeri, UMNO dan BN masih dituduh tidak mengikut peraturan, zalim, dan kejam kepada penduduk.

Sebanyak 103 binaan termasuk rumah kediaman telah dikosongkan. Hanya 5 binaan masih belum dikosongkan termasuk rumah milik Salleh Embong.

Namun, Salleh memilih untuk menjadikan perkara ini sebagai propaganda politik bersama pemimpin PAS termasuklah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali dan ADUN PAS Teluk Pasu, Ridzuan Hashim.

Soalan untuk Salleh Embong dan pemimpin PAS di Terengganu?

(1) Sebanyak 184 lot tanah terlibat dengan proses pengambilan balik, 183 lot telah selesai dan hanya 1 lot tidak selesai. Dimana zalimnya kerajaan? Hanya kerana 1 lot, projek untuk kemudahan rakyat terbengkalai, kos pembinaan meningkat dan berlaku pembaziran.

(2) Sebanyak 103 binaan telah dikosongkan dan semua pemilik menerima pampasan dan hanya 5 binaan (rumah kediaman) belum dikosongkan. Dimana kejamnya kerajaan? Siapa yang mahu mewakili 103 pemilik binaan yang sanggup merobohkan rumah kediaman dan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada projek yang akan menguntungkan orang ramai.

(3) Adakah Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus dan Wakil Rakyat PAS Teluk Pasu sudah bertanya kepada penyokong PAS (jangan tanya penyokong UMNO) yang terlibat dengan pengambilan balik 183 lot tanah yang telah selesai dan 103 binaan yang telah dikosongkan, berapa pampasan mereka dapat? Pemimpin PAS Kuala Nerus begitu sibuk memperjuangkan pampasan tanah Salleh Embong sedangkan penyokong PAS yang lain bagaimana?

Yang pasti, pemimpin PAS dapat keuntungan politik. Dapat jadi ‘pejuang rakyat’ dan dapat masuk Sinar Harian, Harakah dan facebook sekali gus menggalkan usaha kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat.

Projek itu antara lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di dua jalan utama yang melibatkan Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir. Ia turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan baru yang merentasi Sungai Terengganu di Pulau Sekati dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.

Selain memberi keselesaan kepada rakyat, jalan itu bakal menghubungkan kawasan baru seperti Kompleks Usahawan Terengganu, Projek Rumah Mampu Milik Banggol Tuan Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram.

Tahukah pemimpin PAS, apa sudah jadi kepada pemilik 5 rumah berkenaan. Sedangkan jiran sekeliling mereka sudah bertahun tinggal di rumah baru setelah dapat pampasan dan diberi lot kediaman percuma oleh kerajaan negeri. Tahukah pemimpin PAS, berapa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan kecurian, kerosakan dan kelewatan? Bukankah itu duit rakyat? Tahukah pemimpin PAS jalan yang ‘terputus’ itu menjadi tempat anak muda merempit sehingga ada yang telah terkorban? Tahukah pemimpin PAS, projek yang ‘terbengkalai’ itu menjadi tempat maksiat orang muda serta orang tua? Apa yang pemimpin PAS tahu?

Kampung Banggol Donas perlu diselamatkan! Diselamatkan daripada hasutan dan penipuan pemimpin PAS! – TERENGGANU DAILY

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top