Bahaya Mainan DAP... Sanggup Aibkan Rakan Sendiri - Nasarudin

Pada 18 Januari 2016 yang lalu, Nasarudin tarik balik artikel singgung Ketua Menteri Pulau Pinang 

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung. 

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim. 

"Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan. 


"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas," kata Nasrudin yang membaca kenyataannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. 

Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim. 


Rupa-rupanya Nasarudin ada rahsia yang dipegang oleh DAP semasa lawatan kerja di German yang lalu.


vroom
Sebuah laman blog pro Parti Amanah Negara, Alhusseyn51 dalam artikelnya dua minggu lalu mendakwa, terdapatnya seorang Ahli Parlimen dari PAS yang tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS yang melakukan perkara tersebut di dalam entrinya, penulis blog berkenaan seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”

Antara delegasi-delegasi jemputan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri : YB Hajah Nancy bin Shukri,  Timbalan Menteri Pelajaran II : YB P Kamalanathan, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dan YB Datuk Koh Nai Kwong yang mewakili parti Barisan Nasional.

Manakala jemputan dari pihak pembangkang telah diwakili oleh YB Hajah Fuziah bt Salleh (Timbalan Presiden PKR), YB Nasruddin bin Hassan (PAS) dan YB Zairil Khir Johari (DAP).

Menurut blog tersebut, wakil PAS gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik. Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.

“Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik... jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang... jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan”

Penulis blog turut melampirkan sekeping gambar yang menunjukkan ketiadaan wakil PAS, Nasruddin Hassan sewaktu kesemua delegasi bergambar bersama dengan sindiran, “Patutlah mangkuk tu tidak ada dalam gambar tu”...
Ketiadaan YB Nasruddin Di Dalam Gambar Menjadi Persoalan, Sejauh Manakah Kebenaran Dakwaan Tersebut?

Nasrudin Hassan Tantawi merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen PAS Temerloh. Tuduhan ini dikatakan baharu timbul setelah sekian lama ekoran pergeseran beliau dengan DAP berhubung kenyataan fitnahnya terhadap Lim Guan Eng yang dilaporkan baru-baru ini mengenai projek pembinaan terowong dasar laut. Kes selesai selepas Nasrudin menarik semula kenyataannya terhadap Lim, walaubagaimanapun cabar mencabar terus berlaku di antara mereka selepas kes diselesaikan di mahkamah.

Sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan wajar tampil memberikan penjelasan dalam menafikan tuduhan blog berkenaan terhadap beliau.

Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top