Amzad Hashim FITNAH Parking Mekanikal Terengganu

Merujuk beberapa artikel blog dan portal tempat yang berlegar hari ini yang menceritakan kisa seorang Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu yang baru dilantik beberapa bulan yang lalu telah membuat beberapa siri FITNAH dan seberan MEDIA SOSIAL tanpa usul periksa dengan kesahihan sesuatu berita.

Yang terbaru pagi semalam beliau turut membuat FITNAH secara terbuka dengan memuat naik status di facebok milik beliau dengan Fitnah Parking Makenikal Terengganu menjadi Gajah Putih yang mana projek itu bernilai dkatakan RM 9.8 juta keseluruhannya.

Status Facebook milik Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim atau lebih dikenali sebagai #amzadjanin yang membuat FITNAH parking bertingkat di Batas Baru tidak boleh digunakan serta satu projek jagah putih.

Parking yang dibina sejak tahun 2011 ini beroperasi seperti biasa dan tidak rosak seperti didakwa #amzadjanin didalam status facebook melik beliau itu.

Manusia mana yang tidak sakit akan deman sekali pun inikan pula sebuah jentera (mesin) buatan manusia yang memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan.

Untuk makluman khas #amzadjanin, pembinaan parking itu telah banyak membantu orang ramai dengan kemudahan yang dsediakann oleh pihak kerajaan dan diuruskan oleh Pihak Kerajaan Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi menggelak kesesakkan tempat letak kenderaan dengan lebih teratur.

Menurut sumber MBKT, parking bertingkat itu berjalan dengan baik selama hari ini dan tuduhan tidak berasas dari Amzad itu adalah mainan isu politik sahaja untuk dilihat lantang bersuara didalam arena politik hari ini.

“Amzad boleh datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta MBKT untuk dapatkan butiran yang sebenar dan bukan buat tuduhan melulu”

“Semenjak beroperasi pada 2011 yang lalu dan hampir 5 tahun operasi parking bertingkat ini tiada masalah yang besar berlaku”

“Memang kami akui dengan sebuah jentera (mesin) ini ada kalanya meragam dan ia sama macam mesin-mesin yang lain memerlukan penjagaan berkala” katanya.


Sebagai seorang pemimpin yang bertunjangkan Islam,  beliau seharusnya mengkaji dan membuat kerja rumah dengan teliti sebelum menuduh sesuatu perkara tanpa bukti yang berasas dan bukan hanya mendengar cakap-cakap orang.

Sudahlah ia berita tidak benar, dijaja pula dalam media sosial dengan niat mahu menyemai perasaan benci terhadap kerajaan negeri.

Melihat perkembangan terkini dengan penerimaan baik rakyat kepada kerajaan negeri yang ditunjangi oleh UMNO BN, Pas cuba mereka menarik rakyat dengan isu-isu yang tudak munasabah sebagai isu politik.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu itu sebenarnya ketiadaan isu yang hendak dimainkan ketika ini dan cuba mengalihkan dengan isu ahli parlimen mereka yang keluar Pas yang diumumkan semalam oleh Mohamad Sabu Mantan Timbalan Pas Pusat.

Amzad jelas cuba menyembunyikan konflik dalaman Pas yang teruk bergelora ketika ini. Beliau seharusnya menjaga parti sendiri dan bukan membuat fitnah ‘merate rawe’.


Like This Post? Please share!

  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

No comments :

Leave a Reply

Scroll to top